BAB 5 : Kemahiran Membuat Nota
PENGENALAN Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengigat semua yang anda pelajari. Nota yang sistematik , tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesanannya dalam proses pembelajaran. DEFINISI Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Nota menjadi bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota juga merupakan suatu seni . LANGKAH MEMBUAT NOTA Annotation Catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web atau filem. Penjelasan yang dicatatkan hendaklah mengandungi : maklumat bibliografi lengkap skop dan tujuan utama kerja berkenaan mana bahagian yang anda perlukan cadangan pembaca dan tahap kesukaran hubungan dengan tugasan yang akan anda l...