BAB 5 : Kemahiran Membuat Nota
PENGENALAN
DEFINISI
LANGKAH MEMBUAT NOTA
Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengigat semua yang anda pelajari. Nota yang sistematik , tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesanannya dalam proses pembelajaran.
DEFINISI
Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Nota menjadi bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota juga merupakan suatu seni .
LANGKAH MEMBUAT NOTA
- Annotation
Catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web atau filem. Penjelasan yang dicatatkan hendaklah mengandungi :
- maklumat bibliografi lengkap
- skop dan tujuan utama kerja berkenaan
- mana bahagian yang anda perlukan
- cadangan pembaca dan tahap kesukaran
- hubungan dengan tugasan yang akan anda laksanakan
- satu komen ringkas
Nota juga perlu dibuat dengan menggunakan pelekat dalam bentuk garis , highlight, bulatkan, tanda soal dan sebagainya. Catatan atau contengan ringkas dalam buku teks atau nota. Annotation sesuai untuk digunakan untuk bahan bercetak seperti modul, buku teks, artikel dan sebagainya. Annotation juga boleh dibuat dengan:
- menggaris fakta
- menandakan isi penting
- menggunakan tanda ? atau menggunakan highlight
- menggunakan tanda ✓ dan X
- boleh juga menggunakan pelekat
2. Outline Notes
Nota juga boleh diambil melalui outline, iaitu menggunakan frasa dan kata kunci. Outline juga dilakukan dengan menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation.

3. Column Notes
Column Notes adalah cara mengambil nota menggunakan format berbentuk lajur. Teknik ini lebih sesuai bagi subjek sains dan matematik.

4. Nota Rumusan
Nota juga boleh dicatat dalam bentuk rumusan. Nota rumusan mengandungi semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan. Rumusan ini lebih berfokus kepada isi penting.
Penguasaan pelajar terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pengajaran. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-Think, teknik menyoal aras tinggi, alat CoRT 1, dan alat CoRT IV (pemikiran kreatif). Secara umumnya, penggunaan alat berfikir akan dapat membantu pelajar untuk:
Nota juga boleh dicatat dalam bentuk rumusan. Nota rumusan mengandungi semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan. Rumusan ini lebih berfokus kepada isi penting.
ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA
Penguasaan pelajar terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pengajaran. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-Think, teknik menyoal aras tinggi, alat CoRT 1, dan alat CoRT IV (pemikiran kreatif). Secara umumnya, penggunaan alat berfikir akan dapat membantu pelajar untuk:
- meningkatkan kemahiran berfikir
- menyampaikan idea dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami
- lebih mudah mengingat jika maklumat dapat disusun dalam suatu corak yang sistematik dan menunjukkan perkaitan konsep
- Pengurusan Grafik
- menysusn idea dengan lebih mudah
- perbezaan sesuatu perkara dengan tepat
- membentuk klasfikasi dengan lebih tersusun
- menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan tepat
2. Peta Minda
Salah satu daripada alat yang boleh digunakan untuk merangsang kemahiran berfikir pelajar adalah peta minda. Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi, dan penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umum.
Tujuan penggunaan peta minda adalah untuk:
- mengorganisasi idea dalam bentuk gambar dan kata kunci
- membantu mengingat dengan mudah
- mengembangkan kreativiti, organisasi dan persembahan idea
- mudah memahami sesuatu konsep
Kelemahan menggunakan peta minda:
- hanya fahami oleh segelintir golongan sahaja
- terlalu ringkas, guna singkatan, bahasa atau perkataan tertentu
- kata kunci yang tidak sesuai mengakibatkan sukar untuk diingati
- tiada huraian yang jelas kerana hanya dalam bentuk singkatan
- terlalu panjang dan kompleks (berserabut atau berselerak)
3. Pemetaan i-Think
Pemetaan i-Think merupakan suatu program yang bertujuan mempertingkat dan memperbudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Peta pemikiran dapat merangsang daya fikiran seseorang. Peta pemikiran juga merupakan salah satu cara mudah memahami sesuatu isu dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai dengan topik yang dipelajari. Penggunakan pemetaan i-Think dapat membantu anda dalam:
- proses menggunakan minda
- mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu
- menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan
- membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
- membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami
TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI
Kemahiran menyoal adalah alat perkembangan minda yang
paling penting bagi manusia.
Tujuan menyoal:
·
Mengenal
pasti apa yang diketahui oleh pelajar
·
Melibatkan
pelajar dalam pelajaran
·
Memberikan
motivasi kepada pelajar
·
Menimbulkan
minat
·
Memfokus
kepada sesuatu
·
Menggalakkan
pemikiran
·
Menggalakkan
perbincangan
·
Menjana
pembelajaran kendiri
Antara teknik menyoal
aras tinggi adalah:
i.
Kaedah
sokratik
ii.
Soalan
bertumpu dan bercapah
iii.
Lingkaran
soalan
KAEDAH SOKRATIK
Guru boleh mengemukakan pelbagai soalan kepada murid supaya
dapat membantu pelajar berfikir secara mendalam dan meluas. Hal ini kerana
mereka sentiasa berfikir, menyusun dan menyedari pengalaman sendiri, menjawab
soalan dan seterusnya membuat kesimpulan. Soalan yang baik harus mengambil kira
semua aspek, iaitu aras, skop dan fokus.

SOALAN
BERTUMPU DAN BERCAPAH
Soalan bertumpu memerlukan kemahiran pemikiran
peringkat tinggi, iaitu kreatif, kritikal dan rasional. Soalan ini adalah
berbentuk terbuka dan jawapannya lebih luas. Ia lebih bersifat subjektif dan sesuai
untuk menguji penaakulan dan pentafsiran. Contoh soalan:
- Apakah tema Hari Guru pada tahun 2019?
- Apakah ibu Negara Malaysia?
Soalan bercapah hanya memerlukan jawapan yang tetap. Sekiranya
jawapan yang diterima berbeza dengan apa yang dikehendaki, maka jawapan itu
akan dianggap salah. Ia berbentuk tertutup dan jawapannya adalah terhad. Soalan
ini lebih bersifat objektif dan sesuai menguji daya ingatan. Contoh soalan:
- Apakah pandangan anda terhadap perwatakan Hang Jebat?
- Apakah akan terjadi kepada murid jika peperiksaan UPSR
dimansuhkan?
LINGKARAN
SOALAN
Lingkaran soalan memfokus kepada tiga skop khusus,
iaitu
§
Perkara
(P)
§
Individu
(I)
§
Luar
individu (LI)
Untuk membolehkan penyoalan menjadi berkesan dan
memberi impak kepada pembelajaran pelajar, maka haruslah:
- Ø
Mengemukakan
soalan yang mudah difahami, bertumpu, bercapah serta meliputi pelbagai aras
kognitif.
- Ø
Soalan
disusun dari aras mudah kepada sukar.
- Ø
Mengemukan
soalan yang dapat memperkembang pemikiran kreatif dan kritis pelajar.
- Ø
Respons
yang sesuai terhadap jawapan pelajar perlu diberi oleh guru.
ALAT-ALAT
CoRT 1 (Cognitive Research Trust)
Edward de Bono telah memperkenalkan Program CoRT. CoRT
I merupakan asa bagi program ini dan bertujuan untuk memperluaskan pandangan
pelajar supaya lebih kreatif, konstruktur dan kritis.
- CoRT 1: keluasan persepsi
- CoRT 2: organisasi proses berfikir
- CoRT 3: interaksi, argumen, pemikiran kritis
- CoRT 4: pemikiran kreatif
- CoRT 5: maklumat dan perasaan
- CoRT 6: tindakan
Terdapat 7 jenis teknik asas dalam penggunaan CoRT 1:
i.
PMI
(plus, minus, interesting)
ii.
CAF –
(Consider All Factors)
iii.
C&S
– (Consequence and Sequel)
iv.
AGO –
(Aims, Goals, Objective)
v.
FIP –
(First Important Priority)
vi.
APC –
(Alternatives, Possibilities, Choices)
vii.
OPV –
(Other People's Views)
RUMUSAN
Seseorang itu perlulah
menyusun strategi untuk membolehkan mereka menguasai segala isi pelajaran dan
maklumat yang diperoleh agar dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Oleh
itu, kita perlu memilih perantara yang bersesuaian untuk merangsang pemikiran
pelajar supaya mereka dapat mudah memahami sesuatu tajuk pelajaran. Contohnya,
penggunaan peta minda adalah sesuai untuk memudahkan pembacaan dan otak membuat
analisis.
Comments
Post a Comment