Pengurusan Masa Dalam Pembelajaran Kendiri

Pengurusan Masa Dalam Pembelajaran Kendiri
Daripada: Alya Annisa' Binti Marzuhan

           Pengurusan masa merupakan perkara yang amat penting dan perlu diberi perhatian dalam pengurusan pembelajaran. Pengurusan masa yang berkesan bermaksud bagaimana seseorang itu dapat menguruskan masa alam kehidupan seharian dengan cara terbaik supaya dapat menjalani kehidupan yang sistematik, teratur dan lancar. Sebagai seorang pelajar, pengurusan masa yang baik ialah pengurusan masa yang dapat menyeimbangkan antara aktiviti belajar dengan aktiviti-aktiviti lain. Sesetengah pelajar, mereka gagal membuat perancangan masa dengan betul sehingga menyebabkan pembelajaran mereka tertinggal. Maka, betapa pentingnya pengurusan masa dalam pembelajaran agar pencapaian akademik seseorang itu dapat meningkat dari semasa ke semasa.

           Seperti yang kita tahu kemahiran mengurus masa dengan baik adalah dengan membuat perancangan jadual belajar dengan betul iaitu menentukan waktu belajar yang sesuai serta waktu lapang dengan betul. Apabila diperhatikan pelajar yang cemerlang, kebiasaannya mereka bijak menguruskan masa mereka dengan baik. Justeru, dengan menyusun jadual belajar harian dan menyenaraikan aktiviti harian yang dilakukan, aktiviti-aktiviti harian akan dapat dilancarkan serta waktu pembelajaran tidak akan terganggu.

           Antara tips untuk menguruskan masa dengan betul dalam kalangan pelajar adalah dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri masing-masing. Kesalahan para pelajar dalam menyusun jadual belajar ialah mereka sering meniru ‘bulat-bulat’ jadual rakan mereka. Sebagai seorang pelajar, mereka perlu tahu gaya pembelajaran mereka yang tersendiri kerana setiap manusia itu dilahirkan dengan berbeza. Misalnya, ada pelajar yang boleh mengulang kaji dengan membuat pembacaan selama tiga jam tanpa berehat dan ada juga pelajar yang sukar untuk memberi fokus terhadap pembacaan lebih dari 30 minit. Di sini terbuktilah, setiap pelajar harus mengetahui tahap kemampuan masing-masing dalam menelaah pelajaran. Untuk mendapat kualiti masa yang betul pelajar harus tahu waktu yang mana mereka harus belajar.

           Malah dalam melakukan pembelajaran, pelajar haruslah meluangkan masa untuk berehat. Sebagai contoh, belajar dalam tempoh 45 minit kemudian rehat 10 minit dan seterusnya sambung membuat pembelajaran sehingga masa terluang dengan baik.

Belajar
Rehat
9.00 p.m. – 9.45 p.m.
9.45 p.m. – 10.00 p.m.
10.00 p.m. – 10.30 p.m.
10.30 p.m. – 10.45 p.m.
10.45 p.m. – 11.00 p.m.
Berhenti mengulang kaji

Rajah 1.1, contoh masa yang sesuai untuk belajar 


   Selain itu, dalam menguruskan masa juga, para pelajar juga harus mengetahui keutamaan masing-masing. Contohnya, jika anda seorang atlet sekolah, maka masa untuk melakukan latihan adalah keutamaan anda tetapi diingatkan bahaw pembelajaran juga janganlah ditinggalkan. Bukan itu sahaja, kepentingan dalam beberapa subjek terutamanya dalam subjek yang lemah haruslah menjadi keutamaan dalam pembelajaran. Dengan ini, masa tidak akan tersia-sia dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Malah, dapat meningkatkan lagi kualiti masa yang diluangkan. Setiap aktiviti atau tugasan harian mestilah dijadualkan dan ditetapkan dalam tempoh masa yang diperlukan. Contoh lain seperti, hari terakhir untuk menghantar tugasan ialah esok, maka hari ini semestinya tugasan tersebut sudah diselesaikan agar tidak ditangguh ke esok saat-saat akhir. 

           Dengan kecanggihan teknolohi kini, pelajar juga mudah terganggu dengan perkara-perkara kecik yang tidak membawa kepentingan kepada diri mereka. Tambahan pula, dengan adanya gajet-gajet yang canggih. Sememangnya, ia amat sukar untuk dielakkan daripada menggunakan internet ketika membuat tugasan yang diberikan. Namun, pelajar haruslah meletakkan had menggunakan telefon bimbit dalam pelajaran. Tutup semua laman web sosial seperti facebook, twitter dan Instagram agar tidak mengganggu fokus ketika belajar. Bagi memastikan pembelajaran berjalan lancar, pelajar perlu kurangkan gangguan di sekeliing. Malahan, pastikan tanggungjawab sedia ada telah anda laksnakan sebelum membuat aktiviti yang lain. Dengan ini, masa lapang juga dapat dipanjangkan apabila semua tugasan telah pun disiapkan. 


Image result for say no to social media

           
        Kesimpulannya, dalam menguruskan masa ini, pelajar haruslah focus dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap disiplin, jati diri yang tinggi dan bersemangat haruslah diterapkan agar setiap pengurusan masa itu berjalan lancar. Pengurusan masa yang sistematik membantu dalam melancarkan pengurusan harian serta tugasan yang dihasilkan adalah sempurna. Pelajar dapat memberi tumpuan dalam pelajaran dan inisangat membantu dalam pencapaian akademik seseorang pelajar itu. Oleh itu, sebagai seorang pelajar, kita haruslah pandai menguruskan masa dengan baik agar masa itu tidak dibazirkan malah kita dapat menggunakan masa dengan penuh berkualiti. Peribahasa mengatakan bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Maka, segala-galanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 5 : Kemahiran Membuat Nota

Teknik Membaca