Pengurusan Masa Dalam Pembelajaran Kendiri
Pengurusan
Masa Dalam Pembelajaran Kendiri
Daripada: Alya Annisa' Binti Marzuhan
Daripada: Alya Annisa' Binti Marzuhan
Pengurusan
masa merupakan perkara yang amat penting dan perlu diberi perhatian dalam pengurusan
pembelajaran. Pengurusan masa yang berkesan bermaksud bagaimana seseorang itu
dapat menguruskan masa alam kehidupan seharian dengan cara terbaik supaya dapat
menjalani kehidupan yang sistematik, teratur dan lancar. Sebagai seorang
pelajar, pengurusan masa yang baik ialah pengurusan masa yang dapat menyeimbangkan
antara aktiviti belajar dengan aktiviti-aktiviti lain. Sesetengah pelajar,
mereka gagal membuat perancangan masa dengan betul sehingga menyebabkan pembelajaran
mereka tertinggal. Maka, betapa pentingnya pengurusan masa dalam pembelajaran
agar pencapaian akademik seseorang itu dapat meningkat dari semasa ke semasa.
Seperti
yang kita tahu kemahiran mengurus masa dengan baik adalah dengan membuat
perancangan jadual belajar dengan betul iaitu menentukan waktu belajar yang
sesuai serta waktu lapang dengan betul. Apabila diperhatikan pelajar yang
cemerlang, kebiasaannya mereka bijak menguruskan masa mereka dengan baik. Justeru,
dengan menyusun jadual belajar harian dan menyenaraikan aktiviti harian yang
dilakukan, aktiviti-aktiviti harian akan dapat dilancarkan serta waktu
pembelajaran tidak akan terganggu.
Antara
tips untuk menguruskan masa dengan betul dalam kalangan pelajar adalah dengan
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri masing-masing. Kesalahan para
pelajar dalam menyusun jadual belajar ialah mereka sering meniru ‘bulat-bulat’
jadual rakan mereka. Sebagai seorang pelajar, mereka perlu tahu gaya pembelajaran
mereka yang tersendiri kerana setiap manusia itu dilahirkan dengan berbeza. Misalnya,
ada pelajar yang boleh mengulang kaji dengan membuat pembacaan selama tiga jam
tanpa berehat dan ada juga pelajar yang sukar untuk memberi fokus terhadap
pembacaan lebih dari 30 minit. Di sini terbuktilah, setiap pelajar harus
mengetahui tahap kemampuan masing-masing dalam menelaah pelajaran. Untuk mendapat
kualiti masa yang betul pelajar harus tahu waktu yang mana mereka harus
belajar.
Malah
dalam melakukan pembelajaran, pelajar haruslah meluangkan masa untuk berehat. Sebagai
contoh, belajar dalam tempoh 45 minit kemudian rehat 10 minit dan seterusnya
sambung membuat pembelajaran sehingga masa terluang dengan baik.
Belajar
|
Rehat
|
9.00
p.m. – 9.45 p.m.
|
9.45
p.m. – 10.00 p.m.
|
10.00
p.m. – 10.30 p.m.
|
10.30
p.m. – 10.45 p.m.
|
10.45
p.m. – 11.00 p.m.
|
Berhenti
mengulang kaji
|
Rajah 1.1, contoh
masa yang sesuai untuk belajar
Kesimpulannya, dalam menguruskan masa ini, pelajar haruslah focus dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap disiplin, jati diri yang tinggi dan bersemangat haruslah diterapkan agar setiap pengurusan masa itu berjalan lancar. Pengurusan masa yang sistematik membantu dalam melancarkan pengurusan harian serta tugasan yang dihasilkan adalah sempurna. Pelajar dapat memberi tumpuan dalam pelajaran dan inisangat membantu dalam pencapaian akademik seseorang pelajar itu. Oleh itu, sebagai seorang pelajar, kita haruslah pandai menguruskan masa dengan baik agar masa itu tidak dibazirkan malah kita dapat menggunakan masa dengan penuh berkualiti. Peribahasa mengatakan bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Maka, segala-galanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Selain itu, dalam menguruskan masa juga,
para pelajar juga harus mengetahui keutamaan masing-masing. Contohnya, jika anda
seorang atlet sekolah, maka masa untuk melakukan latihan adalah keutamaan anda
tetapi diingatkan bahaw pembelajaran juga janganlah ditinggalkan. Bukan itu
sahaja, kepentingan dalam beberapa subjek terutamanya dalam subjek yang lemah
haruslah menjadi keutamaan dalam pembelajaran. Dengan ini, masa tidak akan
tersia-sia dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Malah, dapat
meningkatkan lagi kualiti masa yang diluangkan. Setiap aktiviti atau tugasan
harian mestilah dijadualkan dan ditetapkan dalam tempoh masa yang diperlukan. Contoh
lain seperti, hari terakhir untuk menghantar tugasan ialah esok, maka hari ini
semestinya tugasan tersebut sudah diselesaikan agar tidak ditangguh ke esok
saat-saat akhir.
Dengan kecanggihan teknolohi kini, pelajar juga mudah terganggu dengan
perkara-perkara kecik yang tidak membawa kepentingan kepada diri mereka. Tambahan
pula, dengan adanya gajet-gajet yang canggih. Sememangnya, ia amat sukar untuk
dielakkan daripada menggunakan internet ketika membuat tugasan yang diberikan. Namun,
pelajar haruslah meletakkan had menggunakan telefon bimbit dalam pelajaran. Tutup
semua laman web sosial seperti facebook, twitter dan Instagram agar tidak mengganggu
fokus ketika belajar. Bagi memastikan pembelajaran berjalan lancar, pelajar
perlu kurangkan gangguan di sekeliing. Malahan, pastikan tanggungjawab sedia
ada telah anda laksnakan sebelum membuat aktiviti yang lain. Dengan ini, masa lapang
juga dapat dipanjangkan apabila semua tugasan telah pun disiapkan.

Kesimpulannya, dalam menguruskan masa ini, pelajar haruslah focus dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap disiplin, jati diri yang tinggi dan bersemangat haruslah diterapkan agar setiap pengurusan masa itu berjalan lancar. Pengurusan masa yang sistematik membantu dalam melancarkan pengurusan harian serta tugasan yang dihasilkan adalah sempurna. Pelajar dapat memberi tumpuan dalam pelajaran dan inisangat membantu dalam pencapaian akademik seseorang pelajar itu. Oleh itu, sebagai seorang pelajar, kita haruslah pandai menguruskan masa dengan baik agar masa itu tidak dibazirkan malah kita dapat menggunakan masa dengan penuh berkualiti. Peribahasa mengatakan bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Maka, segala-galanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Hemmmph
ReplyDelete