Posts

Showing posts from September, 2019

Artikel tentang kemahiran belajar

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu. 2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar. Antaranya ialah: 2.1 Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna. 2.2 Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya           intelek sepanjang hayat. 2.3 Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi. 2.4 Memupuk didplin kendiri pelajara. 2.5 M...

Teknik Membaca

TEKNIK MEMBACA Kemahiran membaca meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analitis. Biasanya, pelajar sentiasa akan lupa dan tidak memahami apa yang disampaikan melalui bahan bacaan walaupun telah membaca dengan berulang kali. Pelajar perlu mengetahui dan melatih diri untuk membaca dengan betul berdasarkan kaedah-kaedah pembacaan yang sesuai kerana kaedah pembacaan yang tidak sesuai akan menyebabkan pelajar itu berasa bosan, kurang berminat dan tidak dapat memfokuskan diri semasa belajar. Kemahiran membaca boleh terbahagi kepada bacaan secara cepat dan bacaan secara perlahan. Pembacaan cepat merujuk kepada bacaan secara skimming dan bacaan secara scanning. Pertama sekali, skimming (luncuran). Skimming ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu maklumat. Dalam proses ini, kita dapat membuat pandangan umum mengenai dokumen dengan segera. Bacaan skimm...

Pengurusan Masa Dalam Pembelajaran Kendiri

Image
Pengurusan Masa Dalam Pembelajaran Kendiri Daripada: Alya Annisa' Binti Marzuhan            Pengurusan masa merupakan perkara yang amat penting dan perlu diberi perhatian dalam pengurusan pembelajaran. Pengurusan masa yang berkesan bermaksud bagaimana seseorang itu dapat menguruskan masa alam kehidupan seharian dengan cara terbaik supaya dapat menjalani kehidupan yang sistematik, teratur dan lancar. Sebagai seorang pelajar, pengurusan masa yang baik ialah pengurusan masa yang dapat menyeimbangkan antara aktiviti belajar dengan aktiviti-aktiviti lain. Sesetengah pelajar, mereka gagal membuat perancangan masa dengan betul sehingga menyebabkan pembelajaran mereka tertinggal. Maka, betapa pentingnya pengurusan masa dalam pembelajaran agar pencapaian akademik seseorang itu dapat meningkat dari semasa ke semasa.            Seperti yang kita tahu kemahiran mengurus masa dengan baik adal...

BAB 5 : Kemahiran Membuat Nota

Image
PENGENALAN    Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengigat semua yang anda pelajari. Nota yang sistematik , tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesanannya dalam proses pembelajaran.  DEFINISI      Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Nota menjadi bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota juga merupakan suatu seni . LANGKAH MEMBUAT NOTA Annotation               Catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web atau filem.  Penjelasan yang dicatatkan hendaklah mengandungi : maklumat bibliografi lengkap skop dan tujuan utama kerja berkenaan mana bahagian yang anda perlukan cadangan pembaca dan tahap kesukaran  hubungan dengan tugasan yang akan anda l...